Dua Tahun Bukan Dua Minggu

“Huku man dig@ntung tugas selama dua minggu tidak memadai jika dibandingkan dengan kesalahan yang dilakukan,” demikian reaksi Presiden Kelab Penyokong TFC, Mohd Isa Che Arifin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengg@ntung tugas pengadil, Khirulazuan Kidam selama dua minggu serta diturunkan ‘pangkat’ selain perlu mengikuti program penambahbaikan susulan prestasi kurang memuaskan ketika mengadili perlawanan Liga Super antara Sabah FC menentang Terengganu FC di Stadium Likas Kota Kinabalu Ahad lalu yang berkesudahan skuad Sang Badak menang 2-1.

Mohd Isa berkata, sepatutnya hukuman lebih berat dikenakan kepada pengadil berkenaan kerana bukan kali pertama dilakukan sebagai pengajaran kepadanya supaya lebih berwaspada ketika mengendalikan perlawanan dan bukannya mengikut em0si.

“Sebelum ini pada 2016, pengadil ini (Khirulazuan) pernah menerima hukuman digantung tugas tiga bulan disebabkan kelemahan beliau ketika mengadili perlawanan kelab dari Terengganu, T-Team menentang FELDA United pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.Disyorkan Untuk Anda

“Kami pihak penyokong sangat tidak berpuas hati kerana keputusan yang dibuat oleh pengadil itu kurang beretika dan tidak bijak sekali gus menyebabkan kesannya cukup besar kepada pasukan terutama berkaitan pungutan mata.

“Lebih-lebih lagi huku man yang dikenakan terhadap pengadil itu sebelum ini tidak sedikitpun membantu memperbaiki prestasi pengadil tersebut sebab terlalu ringan, tapi lebih pelik hukuman lebih ringan berbanding 2016.

“Sebaiknya perlu dikenakan huku man lebih berat termasuk dig@ntung tugas antara setahun hingga dua tahun selain diberi kursus secara kerap dalam dan luar negara bagi memastikan mereka benar-benar mantap sebelum diberi peranan meniupkan wisel.

“Selain itu kami benar-benar berharap FAM memberi peranan kepada pengadil yang layak dan berkualiti untuk mengadili sesuatu perlawanan bukannya sekadar tangkap muat atau pun melengkapkan jadual kerana impaknya cukup besar kepada pasukan,” katanya.

Semalam pihak pengurusan Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd tidak mahu berdiam diri sebaliknya akan mengutus surat bantahan rasmi kepada FAM dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) selepas berang dengan mutu pengadilan Khirulazuan.

sumber : HM

Katanya, paling memeritkan apabila pengadil itu membatalkan jaringan pertama TFC yang disumbat Jordan Mintah pada minit ke-66 walaupun jelas tiada kesalahan dilakukan peny3rang kelahiran Ghana itu selain jurulatih TFC, Nafuzi Zain ‘dihadiahkan’ kad kuning kerana dikatakan membantah keputusan pengadil.