Elak Perdebatan, Logo Kelantan Di Edit Saat Akhir

Selepas menc3tus perdebatan sejak beberapa hari lalu, Kelantan FC akhirnya memperkenalkan logo baharu yang lebih menarik, kemas dan pastinya menaikkan semangat pasukan bagi menghadapi Liga Malaysia (Liga M) musim 2021.

Logo yang mempunyai sentuhan pemilik kelab, Norizam Turkiman dan dicipta oleh penyokong (TRW) sendiri diperkenalkan secara rasmi menerusi satu montaj video sebentar tadi.

Hanya beberapa minit selepas dimuat naik dalam Facebook rasmi kelab, TRW Kelantan FC, ia mendapat reaksi positif daripada peminat.

Lawa. Di sebalik isu logo ini, sikap terbuka Zamsaham (Norizam) harus dipuji. Pilih logo hok ramai peminat pilih.

Edit logo ikut gapo hok peminat nok. Terima kasih atas sifat terbuka Zamsaham lebih mementingkan gapo hok peminat nok melebihi gapo hok dia nok, tulis pemilik akaun Facebook Dhani Ahmad.

Kemah.. Comel dah logo tu.. Gomo Kelate gomo, kata Wan Mohd. Azam.

Kemah.. Kijang makin sado.., tulis Mohamad Azuan.

Kelantan sebelum ini memilih logo menerusi pertandingan yang dibuka kepada peminat, namun logo yang dipilih sebagai pemenang menc3tus perdebatan dalam kalangan penyokong TRW, terutama gambar kijang yang dikatakan rusa.

sumber : UM

Begitupun selepas melakukan sedikit pengubahsuaian, logo sebenar yang akan digunakan oleh TRW tampak lebih memenuhi citarasa penyokong.