Empat ay@m tambatan negara merebut tempat

Taring dan kuku skuad H@rimau Malaya dijangka lebih taj@m menjelang kempen Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) Jun ini apabila pengendali kebangsaan, Tan Cheng Hoe berpuas hati dengan komitmen peny3rang negara.

Jelas Cheng Hoe, menerusi pemerhatiannya sepanjang latihan pusat yang berlangsung di Pusat Latihan kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) sejak Isnin lalu menyaksikan empat ay@m tambatan negara bersaing sengit bagi merebut dua tempat di posisi hadapan.

Katanya, lima pemain iaitu tonggak naturalisasi, Guilherme de Paula, Norshahrul Idlan Talaha, Shahrel Fikri, Syafiq Ahmad dan Luqman Hakim Shamsudin dilihat cukup menyerlah dalam kem latihan itu.

“Memang kita nampak dari segi penyudah kita serangan nampak baik tapi bukan 100 peratus dapat selesaikan masalah (ketumpulan penyudah), tapi yang penting kita nampak saingan yang sihat.

“Macam kita nampak De Paula, Norshahrul, Syafiq, Luqman dan Shahrel juga bersaing antara satu sama lain, sudah tentu memberi petanda yang baik pada masa akan datang nanti,” katanya.

Sebelum ini, Cheng Hoe pernah mengakui menghadapi masalah ketumpulan penyudah oleh pemain penyerang sepanjang menghadapi lima perlawanan dalam aksi Kelayakan Piala Dunia itu.

Walaupun dari segi statistik jaringan menunjukkan Malaysia merekodkan jumlah gol paling banyak dalam Kumpulan G dengan lapan gol, namun 70 peratus jaringan adalah disumbangkan oleh pemain posisi lain dan bukannya penyerang.

Untuk rekod, hanya Syafiq merekodkan dua gol daripada lima aksi kelayakan dengan selebihnya dibantu oleh pemain sayap iaitu Mohamadou Sumareh menerusi tigo gol, Safawi Rasid dua gol dan tonggak tengah, Brendan Gan dengan satu gol.

Ketika ini skuad H@rimau Malaya menduduki tangga kedua kumpulan dengan sembilan mata di belakang Vietnam yang mengumpul 11 mata, sementara Thailand, UAE dan Indonesia masing-masing di tempat ketiga hingga kelima.

Sementara itu, Cheng Hoe membuat keputusan untuk memendekkan tempoh kem latihan pusat selama sembilan kepada tujuh hari iaitu berakhir hari ini.

“Disebabkan jadual perlawanan liga yang seterusnya agak dekat dan mengambil kira tempoh rehat pemain-pemain selepas kem latihan pusat ini, saya memberi ruang kepada pemain dan kelab untuk melakukan persiapan liga dengan lebih awal.

sumber : BH

“Walaupun kem latihan pusat kali ini dipendekkan, ia tetap mencapai objektifnya iaitu saya dapat lihat para pemain masih berjaya mengekalkan corak permainan kita terutama dari segi taktikal yang mana mereka memahami cara pasukan kita bermain. Saya cukup berpuas hati,” katanya.