Empat pasukan dapat penghormatan dari JDT

Pasukan Kuching City FC mendapat penghormatan daripada pihak pengurusan JDT apabila dijemput untuk menyertai pertandingan lima penjuru.

Pertandingan yang diadakan secara liga satu pusingan pada 10 hingga 25 Februari depan, membabitkan empat pasukan Liga Super, JDT, Sri Pahang FC, Terengganu FC dan Melaka United, serta skuad Liga Premier, Kuching City.

Skuad KCFC akan berada di Johor sepanjang dua minggu lebih untuk menghadapi kejohanan tersebut.

Kami akan berangkat ke Johor pada 8 Februari depan… namun ia bergantung kepada situasi C0-v!d-19, jelas CEO KCFC, Iswandi Ali.

Sumber: Suara Sarawak,Perkembangan Bola Sepak Tempatan Dan Antarabangsa