Empat pemain muda dapat pujian

Ketua jurulatih Selangor, Karsten Neitzel memuji persembahan yang ditampilkan oleh pemain muda pasukan pada perlawanan Liga Super men3ntang Kedah Darul Aman (KDA) di Stadium MBPJ semalam.

Karsten menurunkan pemain seperti Danial Asri, Aliff Haiqal, Shahrul Nazeem dan pemain import muda, Jordan Ayimbila dalam kesebelasan utama dan prestasi yang ditampilkan oleh keempat pemain mendapat pujian jurulatih dari Jerman itu.

Semua pemain menampilkan persembahan terbaik. Pemain muda seperti Jordan, Shahrul dan Aliff mereka menampilkan prestasi yang baik.

“Saya harus melakukan analisis mengenai pemain yang diturunkan pada perlawanan malam ini (semalam). Keputusan tidak memihak kepada kami. Namun secara keselurugan mereka beraksi dengan baik,” kata Neitzel pada sidang media selepas perlawanan.

Pemain muda Selangor tampil lebih baik pada perlawanan semalam berbanding pemain lain dalam pasukan khususnya Shahrul Nazeem dimana beliau menampilkan gandingan mantap bersama Tim Heubach.

Aliff Haiqal dan Danial Asri juga menampilkan persembahan yang bertenaga dimana masing-masing pemain turut mempunyai peluang untuk menjaringkan gol namun gagal memanfaatkan peluang yang diperoleh.

Pada perlawanan Liga Super seterusnya, Selangor akan berdepan dengan pasukan Perak.