Enam Pasukan Liga-M Jadi Perhatian AFC

Enam pasukan Liga Malaysia menjadi perhatian apabila tersenarai bagi anugerah Most popular team in Malaysia yang dikeluarkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

AFC baru-baru ini memilih enam pasukan dari setiap negara di Asia dan seterusnya membuat undian bagi memilih pasukan mana yang dianggap lebih popular di negara terbabit.

Enam pasukan Liga Malaysia yang tersenarai ialah juara bertahan Liga Super, Johor Darul Tazim (JDT), pemenang Piala Malaysia sebanyak 33 kali, Selangor, Kedah, Pahang, Perak dan pasukan dari Liga Perdana iaitu Kelantan.

Enam pasukan di atas dipilih berdasarkan pencapaian yang telah diraih baik dari saingan liga domestik mahupun di peringkat Asia.

Rata-rata pasukan di atas pernah memenangi saingan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia selain pernah mencipta nama di saingan peringkat kelab di pentas Asia.

JDT pernah memenangi saingan Piala AFC pada 2015 di mana mereka menewaskan kelab Tajikistan, FC Istiklol.

Selangor pula pernah mara ke perlawnan akhir saingan Asian Club Championship atau yang kini dikenali dengan nama AFC Champions League (ACL) pada 1967.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *