FAM akhirnya bersuara

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menafikan dakwaan bahawa pihaknya sengaja melengah-lengahkan hukvman membabitkan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa, sebaliknya menjelaskan ia masih dalam proses tatatertib.

Setiausaha Agungnya, Stuart Rama­lingam berkata, Jawatankuasa Tatatertib FAM yang merupakan badan bebas mempunyai proses tersendiri sebelum memutuskan sesuatu kes membabitkan pemain serta pegawai, lebih-lebih lagi apabila melibatkan kes yang hanya berdasarkan bukti rakaman video dan bukannya kad merah.

Jangan salah anggap dengan mengatakan bahawa sengaja melengah-lengahkan atau lambat untuk membuat keputusan dan hukvman terhadap kes Natxo kepada pengadil dalam aksi men3ntang Perak FC, 21 Mac lalu.

Kita tidak boleh masukkan sekali kes Natxo ini untuk dibicarakan pada mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib pada Rabu lalu kerana ia perlu mengikut proses dan prosedur yang mana empat kes dibi­carakan itu hanya membabitkan kes pada Hari Perlawanan 1 dan 2.

Kes-kes ini pun, Jawatankuasa Tatatertib hanya buat keputusan selepas Hari Perlawanan 5 selepas proses tatatertib diselesaikan.

Jadi untuk kes Natxo yang berlaku pada Hari Perlawanan 5, Jawatankuasa Tatatertib perlukan masa untuk menghantar surat pertuduhan, kemudian memberi peluang dan ruang untuk pemain menjawab pertuduhan atau membela diri dalam tempoh masa tertentu.

Jika perlu, pemain akan dipanggil untuk memberi hujahnya secara lisan pada hari mesyuarat tersebut. Jawatankuasa Tatatertib juga perlu menghantar notis mesyuarat kepada ahli-ahlinya untuk penetapan tarikh mesyuarat.

Sumber

“Selain itu, kes membabitkan bukti video ini agak berbeza dengan kes yang pemain atau pegawai itu dilayangkan kad merah. Ia perlu mengambil sedikit masa dan bukan sengaja FAM melengah-lengahkannya,” kata Stuart kepada Utusan Malaysia semalam.