FAM enggan mendengar isu kontrak pemain

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bertindak mengikut saluran betul dalam isu kontrak Mohamadou Sumareh berdasarkan Peraturan Status dan Perpindahan Pemain (RSTP) Jun 2020, kata pengamal und@ng-und@ng, Nik Erman Nik Roseli.

Nik Erman nyata bersetuju dengan kenyataan FAM Selasa lalu yang menjelaskan posisi FAM di dalam pertikaian antara Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) dan Sumareh.

Peguam Sumareh memilih untuk membawa k3s ini kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) dan difahami sudah pun berada di tangan Fifa sekarang. Bukan FAM tak nak, tapi kena tunggu.

K3s penamatan kontrak Sumareh sekarang berada di Fifa. PBNP dinasihati untuk menumpukan perhatian dan bersedia untuk membentangkan k3s mereka,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, Nik Erman berkata, isu ITC sudah selesai yang mana ITC Sumareh dikeluarkan oleh Fifa bagi membolehkan beliau bermain di Thailand.

Pengeluaran ITC Sumareh tidak bermakna penamatan kontrak pemain oleh Sumareh adalah sah. Isu penamatan kontrak pemain adalah isu berlainan daripada isu ITC dan belum diputuskan oleh Fifa,” katanya.

Katanya, isu utama yang disuarakan PBNP adalah keengganan FAM untuk mendengar isu kontrak pemain.

Adakah isu kontrak pemain ini patut didengar oleh FAM atau badan induk, Fifa? Di dalam isu kontrak pemain Malaysia, isu ini adalah isu domestik dan isu domestik adalah di dalam bidang kuasa FAM.

Isu membabitkan Sumareh, kontrak pemain ini sudah mendapat perhatian Fifa terlebih dahulu. Ini kerana menurut Article 22 RSTP, di mana isu di antara kelab dan pemain berkaitan kelewatan pembayaran gaji dan terdapat permohonan ITC, maka ini di dalam bidang kuasa Fifa juga.

sumber : HM

Fifa akan menentukan sama ada mereka mempunyai bidang kuasa mendengar isu ini atau tidak walaupun Sumareh adalah pemain Malaysia. Sebagai penerangan mudah, pemain Malaysia pindah ke kelab Malaysia iaitu domestik membabitkan bidang kuasa FAM manakala jika pemain Malaysia pindah ke kelab Thailand sudah tentu di peringkat antarabangsa sekali gus berkaitan bidang kuasa Fifa,” katanya.