Gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri

Kelantan FC gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila tumbang 0-1 di tangan Perak II FC pada aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini sebentar tadi.

Beraksi di bawah ‘bahang’ terik mentari kedua-dua pasukan memperagakan aksi berhati-hati pada perlawanan tersebut.

Situasi itu menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada perlawanan tersebut.

Bersambung babak kedua, Perak II FC tampil dengan aksi lebih kemas apabila memecah kebuntuan jaringan menerusi rembatan kencang Mohd. Hakimi Mat Isa pada minit ke-49.

Dua minit berselang, penyerang import Kelantan FC Jack Hindle melepaskan peluang terbaik menyamakan kedudukan apabila apabila sepakan penaltinya jauh tersasar dari gawang gol Perak II FC.

Usaha TRW untuk mendapatkan jaringan terus menemui jalan buntu apabila beberapa peluang terhidang gagal disudahkan oleh jentera s3rangan.

sumber : UM

Keputusan itu kekal hingga tamat perlawanan menyasikan Kelantan gagal meraih mata di laman sendiri.