Gagal memberi tekanan, gagal lakukan penyudah – Thomas Dooley

Ketumpulan jentera s3rangan antara faktor Sri Pahang FC t3was 0-2 kepada Perak FC pada saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Ketua jurulatihnya, Thomas Dooley berkata, kegagalan itu menyebabkan pasukannya gagal untuk memberi tekanan kepada pasukan pelawat.

“Pada awal permainan kita beraksi dengan baik tetapi kegagalan melakukan penyudah menyebabkan misi menjaringkan gol gagal,” katanya.
Pada perlawanan itu, Dooley menggandingkan Pedro Henrique dan Shahrul Aizad Zulkifli mengetuai jentera serangan.

Bagaimanapun, dua penyerang berkenaan gagal untuk melakukan penyudah.

Pada babak kedua, dengan memasukkan Yevhen Bokhashvili, penyerang import Ukraine itu tidak banyak membantu menekan pertahanan lawan.

Sebaliknya, Sri Pahang terpaksa akur tewas buat kali kedua berturut-turut selepas kekalahan 1-3 kepada Selangor, minggu lalu.

Mengulas dua gol yang dijaringkan Perak, Dooley mengakui sedikit kesilapan yang dilakukan menyebabkan lawan membolosi gawang pasukan itu.

sumber : HM

“Saya harap kesilapan tidak berulang dan dapat bermain dengan lebih baik pada perlawanan seterusnya,” katanya.