Gaji Tidak dibayar, m3mbu nuh pelapis bola sepak

Isu tunggakan gaji yang dihadapi pemain pelapis dari skuad Piala Presiden dan Piala Belia dianggap boleh ‘m3mbu nuh’ bakat masa depan sukan bola sepak negara.

Bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar menjelaskan, tidak mustahil isu berkenaan bakal menjadi punca pemain pelapis berbakat meninggalkan bidang bola sepak.

Justeru, katanya, perkara itu juga akan menyebabkan arena bola sepak negara ketandusan bakat muda yang akan mewakili skuad kebangsaan sekiranya isu tunggakan gaji ini tidak diselesaikan.

“Ia m3mbu nuh kerjaya pemain yang berbakat besar. Inilah penyebab kenapa semakin lama kita akan kehilangan pemain yang berbakat.

“Kalau peringkat usia muda ini mereka sudah nampak benda ini, tidak dibayar gaji. Jadi mereka akan lihat bola sepak tak boleh membantu mereka dalam membina kerjaya yang terjamin untuk masa depan.

“Sepatutnya dari usia muda kita kena didik pemain dan bagi semangat kepada mereka untuk terus menyumbang bakat yang ada dalam bola sepak buat negara,” katanya kepada BH Sukan.

Semalam, BH Sukan melaporkan beberapa pasukan did@kwa terbabit dengan masalah tunggakan gaji pemain skuad Piala Presiden dan Piala Belia terutama selepas dua saingan itu dibatalkan Jun lalu.

Seorang lagi bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail turut senada dengan Azlan dan menganggap isu tunggakan gaji ini perlu diselesaikan bersama antara persatuan negeri (FA) atau kelab.

Jamal berkata, ia bagi mengelakkan isu berkenaan menjadi per0sak kepada perkembangan industri bola sepak negara dalam jangka masa panjang.

“Semua pihak, bukan sahaja FA (persatuan negeri) perlu duduk berbincang menyelesaikan masalah ini. Pemisahan FA dan FC tahun depan mungkin akan meringankan beban FA dan boleh fokus sepenuhnya kepada pembangunan pemain muda.

sumber : BH

“Kita tak boleh mengharapkan AMD (Akademi Mokhtar Dahari) saja, tak semestinya semua pemain dari akademi itu akan diambil pasukan lain,” katanya.