Gandingan Mantap musim 2021

Selangor FC bakal memiliki jentera s3ra­ngan ampuh musim depan apabila semakin hampir menandatangani striker prolifik Perak, Shahrel Fikri Md. Fauzi.

Seandainya rundingan berjaya, Shahrel yang mel3dak 10 gol dalam 11 perlawanan musim lalu akan bergandingan bersama pemenang Kasut Emas Liga Super 2020, Ifedayo Olusegun yang menjaringkan 12 gol.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar mengakui dalam fasa akhir untuk memeterai perjanjian bersama Shahrel yang lebih dikenali dengan gelaran Ike dalam kalangan peminat bola sepak.

Mereka juga dalam rundingan untuk menyambung kontrak striker kelahiran Nigeria, Ifedayo biarpun pemain itu dikatakan menuntut kenaikan gaji selepas kejayaan muncul penjaring terbanyak.

FAS juga sedang mengadakan rundingan dengan beberapa pasukan termasuk Perak dan Pahang bagi menguatkan Red G!ants musim.

Shahrel Fikri memang pemain yang bagus dan kami sedang dalam fasa akhir rundingan cuma belum ada sebarang perjanjian buat masa sekarang tetapi saya boleh katakan, tidak lama lagi semua akan selesai.

Agak rugi jika Selangor tidak menyambung kontrak Ifedayo. Kalau kita lihat, dia menyerlah musim lalu khususnya pada peng­hujung musim, jadi memang pelik kalau kami biarkan dia pergi musim hadapan.

Dengan kehadiran pengendali baharu (Karsten Neitzel), kemasukan beberapa pemain yang betul, Selangor boleh menjadi pencabar kejuaraan Liga Super musim depan, katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Selangor juga sedang mengintai dua pemain muda Pahang, R. Dinesh (pertahanan) dan Sharif Haseefy Lazim (tengah).

Sumber : UM

Jendela perpindahan pertama Liga Malaysia (Liga M) musim 2021 akan mula dibuka esok sehingga 14 Februari tahun depan, manakala sesi perpindahan kedua akan berlangsung dari 12 Julai-8 Ogos 2021.