Gembira Luqman berjaya meraih debut pertamanya – Maloney

Kejayaan bintang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin memecah tembok skuad utama KV Kortrijk (KVK) turut memberi perkhabaran gembira buat pasukan kebangsaan khususnya skuad bawah 19 tahun (B-19) negara.

Luqman, 18, yang bersaing dalam Jupiler Pro League Belgium muncul sebagai pemain pertama Malaysia yang beraksi di liga utama Eropah dipantau rapat oleh barisan kejurulatihan negara terutamanya menjelang pusingan akhir Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-19 di Uzbekistan tahun depan.

Menurut pengendali skuad B-19, Brad Maloney, beliau menyaksikan aksi Luqman ketika KVK menentang RSC Anderlecht Jumaat lalu dan mengakui peny3rang licik itu berjaya memainkan peranannya sebagai pemain gantian yang dimasukkan pada minit ke-74.
Katanya, kemasukan Luqman menyaksikan jentera s3rangan KVK lebih menyegat malah, bantuan hantaran pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu membolehkan pasukannya meraih sepakan penalti.

Jelasnya lagi, meskipun diakhirnya KVK t3was 1-3, namun kesempatan bermain selama 16 minit di pentas tertinggi itu nyata suatu pengalaman yang mampu mematangkan Luqman sekaligus mempersiapkan bintang itu untuk kejohanan antarabangsa musim depan.

“Saya gembira kerana dia berjaya meraih debut pertamanya. Saya menonton perlawanan itu dan saya amat bangga dengan pencapaiannya.

“Berdasarkan pemerhatian sejak dia dimasukkan (sebagai pemain gantian), dia memberi sumbangan begitu berkesan dan baik kepada pasukan dan itu satu perkembangan positif buatnya.

“Ia baik untuk pengalamannya berada di pentas tertinggi dan saya percaya Luqman akan terus meningkat dan memperbaiki permainannya.

“Sudah tentu ia juga akan memberi kelebihan kepada pasukan kebangsaan nanti (Kejuaraan AFC B-19),” katanya kepada Arena Metro.

Saingan AFC B-19 yang sepatutnya berlangsung pada Oktober ini di Uzbekistan terpaksa ditunda ke tahun depan susulan pandemik C0v!d-19 yang ‘meny3rang’ banyak negara di benua ini.

Pada pusingan akhir itu, skuad negara di letakkan dalam Kumpulan D bersama bekas juara 2014, Qatar serta dua lagi pasukan yang sedang meningkat naik iaitu Tajikistan dan Yaman.

Tambah Maloney lagi, dia berharap Luqman dapat mengekalkan prestasinya dan terus diberi kepercayaan oleh pengurus KVK, Yves Vanderhaeghe untuk disenaraikan dalam skuad utama.

sumber : HM

“Saya percaya dia akan lakukan terbaik dan bukan mudah baginya kerana liga di Belgium cukup tinggi. Tetapi pendedahan yang diberikan kepada Luqman memang baik dan ini suatu perkembangan positif buat dirinya,” kata pengendali yang berasal dari Australia itu.