Gol Safawi, dari kesilapan komunikasi pemain pertahanan

Kekalahan 1-0 di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) di laman sendiri minggu lalu masih lagi berbekas buat penjaga gol nombor utama Terengganu FC (TFC), Mohd Shamirza Yusoff.

Lebih menghampakan penjaga gol berusia 31 tahun itu apabila jaringan tunggal perl@wanan pada minit kelima menerusi peny3rang kelahiran Dungun, Terengganu, Safawi Rasid berpunca daripada kesilapan komunikasinya dengan barisan pertahanan.

Bagaimanapun pemain berpengalaman dari Rusila, Marang itu meletakkan harapan yang tinggi untuk mengutip tiga mata bertemu pendatang baharu, UiTM FC di Stadium UiTM Shah Alam, Sabtu ini.

Shamirza juga mengharapkan kesilapan yang tidak disengajakan itu tidak akan berulang kerana sebarang kealpaan bakal mengundang padah buat pasukan yang mengintai kedudukan lebih baik dalam liga.

“Kesilapan komunikasi dengan pemain pertahanan ketika bertemu pasukan JDT minggu lalu begitu mengec3wakan saya dan diharapkan tidak akan berulang lagi selepas ini kerana misi kita adalah wajib menang pada baki empat perl@wanan.

“Bagi memastikan impian pasukan tercapai, kami tiada pilihan lain kecuali perlu fokus 100 peratus dan berju@ng hingga wisel penamat untuk kembali bersaing merebut kelompok teratas liga.

“Bagi saya walaupun misi ini tampak sukar kerana pasukan lain juga mensasarkan impian yang sama, jika kita berusaha keras pasti kejayaan mengiringi pasukan.

“Lagipun semua rakan sepasukan berada pada tahap prestasi terbaik untuk memburu kemenangan bertemu UiTM selepas merekod dua kekalahan berturut-turut kepada Melaka (1-0) dan JDT.

“Tapi sebagai pemain yang berada di benteng terakhir pasukan, keupayaan pasukan UiTM tidak boleh dipandang sebelah mata kerana skuad itu juga sudah membuktikan mereka juga berupaya mengejutkan pasukan l@wan,” kata Sharmiza yang turut meminta maaf kepada penyokong di atas kesilapannya.

Ketika pertemuan dengan JDT, Shamirza gagal membaca bola hantaran ke belakang pemain import yang dipinjam daripada Terengganu FC II (TFC II), Argzim Redzovic sekali gus membawa padah apabila Safawi mudah menolak masuk bola ke dalam gawang yang sudah ternganga.

Berikutan kekalahan itu, skuad Penyu itu kini hanya mengumpul 10 mata dan menghuni tangga kelima liga.