Hadi Fayyadh berjaya menutup mulut pengkritiknya, Kemungkinan tiada masalah untuk terus kekal

Prestasi yang semakin meningkat dan komitmen tinggi yang dipamerkan peny3rang tinggi lampai Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak sejak kebelakangan ini mendorong pemain itu kemungkinan menyambung setahun lagi kontrak bersama Fagiano Okayama.

Perkara terbabit disahkan Pengarah Urusan Yakult Malaysia Hiroshi Hamada yang memaklumkan bahawa Hadi Fayyadh berpeluang cerah terus kekal di kelab terbabit berdasarkan prestasi semasa ketika ini.

Beliau berkata, barisan kejurulatihan kelab terbabit memberikan reaksi positif terhadap pemain berkenaan terutama selepas mel3dak hatrik dalam perlawanan latihan menentang skuad Bawah 18 tahun (B-18) Fagiano Okayama, sebelum ini.
“Jika diikutkan kontrak Hadi Fayyadh akan tamat hujung tahun ini dan dia ada harapan untuk dikekalkan berdasarkan prestasi semasa.

“Saya sering berhubung dengan barisan kejurulatihan kelab terbabit dan ketika ini Hadi Fayyadh menjalani latihan seperti biasa untuk memperbaiki kelemahan yang ada.

“Oleh itu, Hadi Fayyadh kemungkinan tiada masalah untuk terus kekal dalam tempoh sekurangnya setahun lagi,” katanya, ketika ditemui Arena Metro.

Sebelum ini, Hadi Fayyadh berjaya menutup mulut pengkritiknya apabila mel3dak hatrik ketika mewakili Fagiano Okayama dalam perlawanan persahabatan menentang skuad bawah 18 tahun Fagiano Okayama.

Pemain berkenaan yang dikatakan ‘sendu’ sebelum ini berjaya melakar hatrik dan satu bantuan gol ketika pasukannya menewaskan pasukan muda Fagiano Okayama yang boleh dianggap antara pasukan kuat dalam liga remaja dan kini berada di tangga ke-4 daripada 12 pasukan bersaing.

Menerusi persembahan mantap itu, prestasi bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu semakin meningkat sekali gus diberikan peluang oleh ketua jurulatih untuk mengetuai barisan serangan untuk mencipta kemenangan 5-0.

sumber : HM

Sementara itu, Hamada berkata, Hadi Fayyadh kini semakin serasi bersama pasukan dan tidak lagi kekok mempamerkan persembahan mantap setiap kali diturunkan.