‘hadiah’ pengorbanan pemain TRW

Kemenangan tipis 1-0 The Red Warriors (TRW) ke atas Kuching City  di Stadium Sultan Muhammad IV kelmarin  hasil pengorbanan pemain.

Pengendalinya, Marco Ragini berkata,  pemain Kelantan FC berhempas pulas untuk mendapatkan tiga mata penuh meskipun dalam keadaan keletihan keletihan.

Menurutnya, kemenangan itu cukup melegakan dalam usaha memburu kedudukan terbaik dalam carta liga.

“Sebelum perlawanan… saya beritahu pemain jika mahu menang kita perlu banyak berkorban.

“Kena keluarkan lebih banyak tenaga sehingga habis….(tapi) mereka benar-benar kepenatan dan apa yang dilakukan wajar diberi pujian,” katanya.

Dalam perlawanan itu, tuan rumah terpaksa menunggu sehingga minit ke-45 untuk mendapatkan jaringan menerusi Natanael Siringo selepas menanduk masuk bola lambungan Dzulfahmi Abdul Hadi.

Lebih manis, ia kemenangan sulung di tempat sendiri buat TRW.

Tiga kemenangan yang dilakar skuad bimbingan Ragini itu sebelum ini dilakukan di tempat lawan.

sumber : UM

Kemenangan itu menyaksikan Kelantan mengumpul 10 mata dan menduduki tangga keempat dalam carta Liga Perdana setakat ini.