Hadiah pertama kemenangan buat bos baharu TRW

Kelantan FC menghadiahkan kemenangan pertama buat pemilik baharu mereka, Norizam Tukiman atau Zamsaham dengan membenam Perak II dengan jaringan 1-0 pada aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV di sini sebentar tadi.

Turun dengan misi menamatkan kemarau kemenangan dalam dua aksi sebelum ini, Kelantan FC selaku tuan rumah tampil dengan percubaan awal menerusi tandukan Felix Odili, namun gagal menepati sasaran.

Kelantan FC terus mendominasi perl@wanan selepas itu menerusi beberapa gerakan menarik dihampakan oleh ketumpulan jentera penyudah.

Per@ncang tengah sensasi The Red Warriors (TRW) Nik Akif Syahiran Nik Mat meleraikan kebuntuan jaringan dengan meledakkan gol pertama pada minit ke-45 sekali gus meredakan tekanan buat Kelantan.

Bersambung babak kedua, tuan rumah terus meningkatkan tekanan keatas pel@wat menerusi tandukan Muhamad Shahrul Nizam Ros Hasni, namun melewati gawang gol pelawat.

Pelawat melepaskan peluang untuk merapatkan jurang gol pada minit ke-58 apabila sepakan percuma dari luar kotak penalti gagal dimanfaatkan sebaik mungkin oleh Muhammad Syahir Bashah.

Mohamad Amirul Syafiq Che Soh terlepas peluang untuk mencetak jaringan kedua TRW apabila rembatan kencangnya sekadar mengegar sisi gawang gol Perak disebelah kiri pada minit ke-68.

Tuan rumah terus kempunan menambah jaringan apabila pemain sayap lincah Muhamad Hakimi Abdullah gagal memanfaatkan ketika hanya berdepan satu l@wan satu dengan penjaga gawang Perak II Muhammad Farhan Abdul Majid.

Muhamad Farhan menjadi wira buat Perak II apabila menafikan rembatan kencang Nik Akif Syahiran untuk meredakan seketika tekanan buat pasukannya pada minit ke-82.

Kelantan dirundung malang pada minit ke-85, apabila Muhamad Shahrul Nizam diperintah keluar padang selepas menerima dua kad kuning.

Perak II sekali mempersia-siakan peluang menyamakan kedudukan pada minit-minit akhir perlawanan apabila rembatan Muhammad Khairul Amizan Suhaimi sekadar melewati gawang gol Kelantan meskipun Mohammad Fikri Che Soh sudah tert3was.

sumber : BH

Ketiadaan Muhamad Shahrul Nizam tidak menjejaskan rentak tuan rumah apabila mereka kental bertahan untuk meraih kemenangan tipis keatas Perak II.