Hanya lapan pasukan Liga Malaysia lulus lesen AFC musim 2021

FAM mendedahkan bahawa hanya lapan daripada 20 pasukan Liga Malaysia yang mendapat lesen AFC bagi musim 2021.

Lesen AFC membolehkan pasukan-pasukan ini beraksi pada Liga Juara-Juara Asia 2021 dan Piala AFC 2021.

Mereka adalah Johor Darul Ta’zim FC, Perak FA, Selangor FA, Terengganu FC, Felda United FC, Petaling Jaya Ciy FC, Kedah FA dan Kuala Lumpur FA.

Melaka juga memohon lesen AFC, namun tidak layak mendapat lesen tersebut kerana gagal memenuhi syarat yang telah ditetapkan untuk lesen AFC.

11 pasukan lain langsung tidak memohon lesen AFC 2021.

Pasukan-pasukan itu terdiri daripada 4 pasukan Liga Super iaitu Pahang FA, Sabah FA, UiTM FC dan PDRM FA.

Manakala 7 lagi pasukan dari Liga Premier iaitu Kelantan FA, Kelantan United FC, Negeri Sembilan FA, Pulau Pinang FA, Kuching FA, UKM FC dan Sarawak United FC daripada Liga Premier 2020.