Hanya mampu ‘gegar’ tiang dan palang

Kuala Lumpur City (KL City) gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri dan bermain di hadapan penyokong sendiri apabila sekadar meraih keputusan seri tanpa jaringan dengan Sabah.

Dalam aksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras tuan rumah berpeluang membuka tirai jaringan namun tandukan pertahanan, Giancarlo Gallifuoco sekadar melewati palang gol meskipun tiada cabaran daripada pemain lawan pada minit ke-36.

Dua minit selepas itu, giliran Sabah dihidangkan peluang keemasan untuk memperolehi gol namun rembatan pemain tengah Indonesia, Saddil Ramdani hanya sedikit melepasi palang gol tuan rumah.

Untuk aksi babak pertama, kedua-dua pasukan hanya mampu melakukan satu percubaan tepat ke gawang gol lawan masing-masing.

Bersambung babak kedua, percubaan kapten KL City, Paulo Josue pula sekadar singgah di tiang gol yang dikawal Robson Rendy pada minit ke-58.

sumber : UM

Tidak mahu mengalah, giliran skuad bimbingan Kurniawan Yulianto kembali membalas s3rangan itu dengan menggegar palang pasukan tuan rumah menerusi rembatan kencang pemain tengah Korea Selatan, Tae-su Park pada minit ke-79.