Harap AFC dapat merayu kepada FIFA

Pemilik pasukan Kelantan, Norizam Tukiman atau yang lebih dikenali dengan nama Zamsaham menegaskan pihaknya sedang berusaha untuk mendapatkan semula tiga mata yang dip0tong sebelum ini ekoran isu tunggakan gaji yang dihadapi.

Kelantan dikenakan hukuman pem0tongan tiga mata bagi saingan Liga Perdana musim 2020 atas kegagalan membayar baki ansuran tunggakan gaji pemain dan pegawai mengikut jadual yang ditetapkan oleh mereka bagi kes yang telah pun diputuskan oleh Jawatankuasa Status FAM sebelum ini.

Zamsaham menyatakan beliau meminta pandangan Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Dato Windsor Paul John dalam usaha mendapatkan kembali tiga mata tersebut

Kami meminta pandangan daripada Datuk Windsor Paul untuk cuba mendapatkan semula tiga mata ini. Saya sudah sampaikan hajat penyokong dan harap-harap AFC dapat merayu kepada FIFA. Beliau akan membantu dengan menjelaskan AFC akan mengenai sejarah kes seperti ini, katanya menurut laporan Stadium Astro.

Sejak berada di bawah naungan Zamsaham, Kelantan telah berjaya menyelesaikan beberapa tunggakan gaji bekas pemain serta pegawai pasukan itu selain membayar tunggakan gaji bagi pemain yang beraksi bersama skuad The Red Warri0rs musim ini.

Sumber : SA

Seterusnya, juara Liga Super musim 2011 dan 2012 itu mempunyai perancangan untuk membina pusat latihan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti padang, bilik mandi, dewan makan dan bilik rehat dengan peruntukan bajet antara RM5 juta hingga RM10 juta.