Harap kerajaan beri ‘muka’ buat Skuad Malaysia

Skuad bola sepak kebangsaan dilihat berada di landasan tepat untuk layak ke peringkat kalah mat! kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 berdasarkan kedudukannya yang kini menghuni tangga kedua Kumpulan G dan hanya ketinggalan dua mata di belakang pendahulu, Vietnam.

Justeru, jurutunjuk elit Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Dr Zulakbal Ab Karim menyifatkan satu kerugian sekiranya peluang skuad Malaysia untuk meneruskan kemaraan tersekat apabila gagal memberikan persembahan terbaik susulan tidak dapat melakukan persiapan yang lengkap.

Atas sebab itu, Zulakbal yang juga pemerhati bola sepak tempatan mengharapkan pihak kerajaan dapat memberi ‘muka’ kepada skuad kebangsaan supaya dapat menjalani latihan di bawah pemantauan dan pengawasan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Ketika kita sedang berkira-kira sama ada untuk menjalani latihan ataupun tidak, pencabar lain seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Vietnam sudah melakukan persiapan lengkap. Kita yang tidak berlatih ini pula akan bertemu mereka selepas ini.

Banyak cara untuk kita melakukan aktiviti bola sepak sekalipun ketika C0v!D-19. Contoh paling terbaik dengan gelembvng sukan dan kita tempatkan pemain di satu tempat untuk beberapa minggu dan jangan benarkan mereka keluar.

Mereka bermain pun bukan untuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ataupun sukan semata-mata tetapi mereka ini membawa nama dan maruah negara. Mungkin kerajaan boleh pertimbangkan untuk beri kelonggaran kepada skuad kebangsaan.

Kita ada peluang yang baik untuk mara dan kalau kita tumbang disebabkan kerana kurang latihan berbanding pasukan lawan, sudah tentu ini satu kerugian kepada kita kerana peluang sebegini tidak selalu muncul, katanya.

Terdahulu, skuad kebangsaan sepatutnya menjalani latihan pusat, hari ini namun terpaksa dibatalkan susulan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan yang bermula, Rabu lalu.

sumber : BH

Sekiranya PKP berterusan, FAM dijangka memohon kebenaran khas supaya skuad kebangsaan dibenarkan untuk berlatih bagi mengharungi baki kempen kelayakan itu yang berlangsung Mac ini.