Harap MFL membenarkan Saddil Ramdani beraksi

Sabah FC akan mendapatkan kebenaran MFL untuk memasukkan pemain import dari Indonesia, Saddil Ramdani dalam kesebelasan utama menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam aksi Liga Super, di Alor Setar hari ini.

Pengurus pasukan, Marzuki Nasir, berkata Saddil yang tamat tempoh kuarantin hari ini sudah bersedia untuk membantu skuad Badak menentang barisan Lang Merah jika MFL membenarkan permintaan mereka.

“Semua empat pemain import Sabah sudah berada di Malaysia dan seorang daripada mereka iaitu Saddil akan habis tempoh kuarantin, esok (hari ini). Kita cuba minta kebenaran daripada MFL untuk membawanya bermain di Kedah,” katanya mengulas status terkini pemain import Sabah.

Selain Saddil, tiga lagi pemain import baharu Sabah FC ialah Risto Mitrevski dari Macedonia Utara, Levy Madinda dari Gabon dan Sam Garyahzon Johnson (Liberia). Ketiga-tiga pemain itu kini berada di Sabah dan sedang menghabiskan tempoh kuarantin wajib yang berbaki satu atau dua hari lagi.

“Mereka bertiga belum dapat bersama pasukan menentang Kedah esok tetapi kita akan pastikan mereka akan bermain ketika Sabah menentang PJ City FC di Stadium Likas pada 13 Mac ini,” katanya.

Sementara itu, mengulas persediaan menentang KDA FC, Kurniawan Dwi Yulianto berkata pihaknya sudah mengatur langkah taktikal berdasarkan analisis terhadap pasukan berkenaan.

Ketua Jurulatih Sabah FC itu turut mengakui bukan mudah untuk menundukkan Kedah walaupun pasukan itu t3was di tangan Johor Datul Ta’zim (JDT) ketika aksi Piala Sumbangsih, Jumaat lalu.

sumber : BH

Sabtu lalu, Sabah FC terikat 1-1 dengan Melaka United FC ketika aksi pertama Liga Super di Stdium Hang Jebat, Melaka.