Harap rakyat Malaysia bersabar

Peny3rang tinggi lampai, Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak tampak mula menuai hasil ‘perguruan’ di Jepun apabila mel3dak hatrik dalam perl@wanan latihan menentang skuad Bawah 18 tahun (B-18) Fagiano Okayama, baru baru ini.

Peny3rang yang beraksi bersama skuad utama Fagiano Okayama itu turut melakukan satu hantaran gol sekali gus menyaksikan prestasinya semakin meningkat jika hendak dibandingkan pada tahun lalu.

Malah, dia turut mendapat kepercayaan jurulatih pasukan apabila beraksi penuh pada perl@wanan terbabit dengan hatriknya membantu pasukan senior membelasah barisan pemain muda Fagiano Okayama dengan keputusan 5-0.

Individu yang bertanggungjawab membawa Hadi ke Jepun iaitu Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada berkongsi perkembangan itu dan menekankan masa yang diambil Hadi untuk mempamerkan prestasinya adalah proses normal di negara itu.

“Untuk pemain baru yang memasuki Liga Jepun (Liga J) musim ini, 56 peratus adalah graduan baru universiti, 30 peratus graduan akademi bola sepak liga dan 14 peratus adalah graduan baru daripada sekolah menengah.

“Semua mereka akan mengambil beberapa tahun menjalani latihan bersama sesuatu pasukan kelab. Ini adalah proses biasa di Jepun.

‘Begitu juga proses yang sedang dialami oleh Hadi di sini. Barisan kejurulatihan kelab sedang memantau dan memastikan prestasinya meningkat memandangkan dia mempunyai potensi besar untuk menjadi pemain yang baik pada masa depan,” kata Hamada.

Dalam masa sama, Hamada juga berharap rakyat Malaysia terus bersabar menanti keputusan terbaik buat mana-mana pemain yang berkelana ke luar negara sama ada Hadi di Jepun mahupun Luqman Hakim Shamsudin yang berkelana ke Belgium.

sumber : BH

“Kita perlu menanti dengan penuh sabar. Beri mereka masa, beberapa tahun. Kita tidak boleh mengharapkan mereka diberi peluang berada dalam kesebelasan utama pasukan dalam tempoh yang singkat,” katanya.