Hasrat penyokong Kedah mungkin tercapai

Hasrat penyokong Kedah Darul Aman FC (KDA FC) untuk melihat pemain import Renan Alves beraksi buat pertama kalinya bagi musim ini mungkin tercapai selepas pemain dari Brazil itu pulih daripada kec3deraannya.

Ketua jurulatih KDA FC Aidil Sharin Sahak berkata, Alves yang tidak dapat beraksi sejak sebelum musim bermula, kini sudah cergas dan dijangka diturunkan men3ntang Kuala Lumpur City FC di Stadium Darul Aman di sini esok.

Beliau berkata selain Alves, dua pemain senior Mohd Rizal Ghazali dan Mohd Syazwan Zainon juga sudah pulih daripada kec3deraan dan kini boleh beraksi kembali.

Katanya, pihaknya telah membuat beberapa analisis mengenai kelebihan dan kelemahan pasukan lawan selain menetapkan perkara yang perlu dilakukan pemainnya di atas padang nanti.

“Perkara yang saya tekankan kepada semua pemain adalah untuk mengawal persembahan sendiri esok. Sebelum ini, kita berdepan dua kekalahan tetapi dari sudut positif ada kebaikan juga, kerana pemain akan bekerja lebih keras untuk mendapatkan tiga mata,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Aidil Sharin berkata, walaupun perlawanan itu bukan mudah untuk pasukannya mengutip tiga mata penuh, tetapi beliau percaya semua pemain akan memberikan aksi terbaik sepanjang tempoh 90 minit perlawanan.

“Bagaimanapun, ada perkara yang perlu diperbaiki. Kita tidak boleh pandang ke belakang dan perlu sentiasa fokus untuk mengambil peluang yang ada dengan bijak,” katanya.