Helang Merah tempah slot ke piala AFC

Kedah terus cemerlang dalam usaha menempah slot ke Piala AFC tahun depan apabila berjaya menump@skan Melaka 1-0 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Walaupun terpaksa menukar venue pada saat akhir namun itu bukan halangan kepada skuad H3lang Merah membawa pulang tiga mata penting untuk naik ke tangga kedua Liga Super musim ini.

Ucapan terima kasih harus diberikan kepada Shakir Hamzah hasil tandukannya pada minit 19 sudah cukup membuatkan Kedah pulang dengan gembira untuk kedudukan kekal 1-0 hingga wisel penamat dibunyikan.

Manakala skuad kendalian Zainal Abidin Hassan pula kempunan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya gol penyamaan sekali gus kekal di kedudukan sembilan liga dengan mengutip 11 mata.

Sumber : HM

Keputusan terbabit sekali gus menyaksikan Kedah hanya perlu seri pada perl@wanan terakhir bertemu Perak Sabtu ini untuk kekal di kedudukan kedua terbaik Liga Super.