Hubungan akrab dengan legenda

Pemain veteran Kuala Lumpur United FC (KLUFC), Shukor Adan, mendedahkan betapa dia mempunyai hubungan akrab dengan legenda bola sepak Malaysia dan Selangor, Azman Adnan.

Shukor memulakan karier seniornya dengan skuad Negeri Sembilan dalam musim 2000-01 dan antara pemain senior dalam skuad Jang itu pada tahun berkenaan adalah idolanya, Azman.

Biarpun dibezakan jurang usia lapan tahun, kedua-dua pemain itu membentuk satu ikatan akrab sehingga Shukor boleh dianggap sebagai ‘orang kanan’ Azman di dalam dan luar padang.

Diundang sebagai tetamu dalam satu temu bual YouTube bekas peny3rang kebangsaan itu, Shukor menjelaskan betapa tunjuk ajar daripada Azman telah membentuk perwatakannya sehingga menjadi pemain yang disegani sehingga hari ini.

Dalam saluran Youtube The Azman Adnan, Shukor berkata: “Saya sebenarnya tidak terfikir untuk datang dan menjadi tetamu hari ini kerana abang saya ini (Azman), perjanjiannya bukan betul, jadi kita perlu lebih terperinci.

“Alhamdulillah, saya datang untuk memberikan sokongan kepadanya kerana jika tidak datang hari ini, mungkin akan putus hubungan adik-abang ini.

“Saya sudah kenalnya memang amat lama, dia idola saya.

“Azman Adnan idola saya sejak dari kecil. Saya asalnya seorang penyerang dan apabila beraksi, saya akan meniru larian dan gerakan Azman Adnan.

“Apabila Selangor beraksi di Melaka sewaktu saya kecil dahulu, saya sanggup berbasikal dan panjat pagar semata-mata untuk menyaksikan Azman Adnan.

“Mungkin perancangan ALLAH SWT, pada tahun 2000, Azman Adnan datang ke Negeri Sembilan.

“Jadi, pada hari pertama saya berjumpanya, wah, idola saya sudah berada di depan mata saya.

“Ketika itu Pulau Pinang ada memberikan saya tawaran tetapi disebabkan Azman Adnan, saya kekal di Negeri Sembilan dan akhirnya dapat beraksi bersama Azman Adnan.

“Semenjak itu, hubungan saya dengannya amat rapat, seperti isi dengan kuku. Ke mana sahaja saya pergi memang saya dengan abang Azman Adnan sampai untuk ke sesi latihan pun saya perlu mengambilnya dahulu.

“Sepanjang empat, ┬álima tahun jugalah saya beraksi bersama Azman Adnan. Itulah pengalaman yang tidak boleh dilupakan bersama idola sebenar,” katanya.

Mengulas lanjut hubungannya bersama Azman, Shukor menambah: “Azman ada satu karakter yang mungkin orang lain tidak tahu tetapi saya tahu kerana saya ada bersama dengannya.

“Mungkin ada orang akan kata Azman Adnan malas berlatih tetapi mereka tidak tahu bahawa seawal pukul 4 (petang) kami sudah berada di padang untuk latihan peribadinya. Itulah yang ramai orang tidak tahu.

“Walaupun untuk latihan kecergasan ini Azman Adnan ini kita tahu sahajalah, dia seorang peny3rang tetapi banyak kali saya mengikutinya ke padang lebih awal untuk dia melakukan program latihannya yang kita sendiri tidak jangka.

“Dalam padang dia tidak marah orang tetapi dia memberikan ilmu kepada pemain muda macam kami.

“Selepas saya dapat beraksi dalam pasukan utama Negeri Sembilan, saya bermain sebagai pemain tengah meny3rang, jadi dia mengajar saya untuk lebih memahami situasi dalam padang dan mendengar suaranya untuk melakukan hantaran.

sumber : SA

“Jadi, sepanjang saya beraksi di posisi itu, saya banyak belajar ilmu bola sepak daripada Azman Adnan,” katanya lagi.