Ibarat beraksi di pentas final, Pahang sedia benam kedah jumaat ini – Nik

Pemain tengah Pahang, Nik Sharif Haseefy Mohd Lazim teruja dan sudah bersedia membenam Kedah pada pusingan pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, Jumaat ini.

Pemain kelahiran Kuantan, Pahang itu berkata, pada pusingan kalah mat! itu, dia bersama rakan sepasukan akan memastikan slot suku akhir menjadi milik skuad Tok G@jah.

“Secara peribadi boleh saya katakan bahawa perlawanan ini ibarat beraksi di pentas final berdasarkan format baharu piala berprestij itu musim ini.

“Tapi saya dan rakan akan memastikan Pahang akan melangkah ke suku akhir dan menjadikan kemenangan 2-1 ke atas Kedah pada perlawanan Liga Super musim ini sebagai motivasi. “Saya juga mengharapkan perlawanan Jumaat ini tidak berlanjutan ke masa tambahan,” kata pemain berumur 23 tahun itu.

Pada saingan Liga Super musim ini, Pahang men3waskan Kedah 2-1 dan satu daripada gol itu dijaringkan oleh Nik Sharif.

Dia yang menjaringkan tiga gol pada saingan Liga Super mahu meneruskan prestasi terbaiknya untuk membantu Pahang melangkah ke pentas final. Katanya, prestasi mantap dan persefahaman jitu diharap menjadi untuk menafikan Kedah menempah tempat ke suku akhir piala berprestij itu.

“Bagi saya kekuatan yang dimiliki Kedah ialah di posisi s3rangan yang diketuai oleh Kpah Sherman dan Kipre Tchetche.

sumber : BH

“Tapi kembalinya Dickson Nwakaeme dan Ivan Carlos di bahagian s3rangan Pahang akan membantu merobek gawang tuan rumah,” katanya.