Ibarat ‘ranjau berdvri’

Perjvangan pasukan kebangsaan Malaysia masih belum berakhir tetapi ia ibarat ‘ranjau berdvri’ untuk diharungi.

Iklim bola sepak negara telah begitu lama kemarav disebabkan anc@man pandemik C0 v!d-19. Begitulah juga nasib pemain skuad Malaysia yang hanya bersandarkan latihan di rumah untuk kekal cergas.

Liga bola sepak tempatan langsung tidak diketahui sama ada boleh dimulakan pada 5 Mac ini atau terus sepi hanyut bersama pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Belum ada sebarang keputusan rasmi daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sama ada pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 akan berlangsung pada Mac ini atau berlangsung secara karnival pada Jun nanti.

Sekiranya perlawanan men3ntang Emiriah Arab Bersatu (UAE) kekal diadakan pada 25 Mac ini, skuad Malaysia akan menghadapi masalah yang sangat berat untuk mempersiapkan pasukan. Beban yang sangat besar kepada pemain.

Tidak dapat dibayangkan bagaimana harapan menggunung diletakkan kepada pemain untuk berhadapan lawan dengan persiapan yang singkat.

Seandainya AFC sudah bersetuju supaya pusingan kelayakan ini disambung pada Jun, ia suatu keputusan melegakan untuk skuad Malaysia.

Perlawanan dicadangkan secara karnival di Dubai, UAE. Namun, pasukan lain juga masih berpeluang membida. Vietnam masih lagi membisu akan cadangan ini walaupun ia dipersetujui oleh pasukan lain.

Keputusannya dijangka diketahui pada pertengahan Februari ini. Peluang skuad Malaysia lebih terbuka sungguh pun akan mengharungi baki perlawanan di Dubai.

Walaupun hilang kelebihan beraksi di Bukit Jalil dalam pertemuan dengan Vietnam tetapi skuad Malaysiaa tidak perlu turun beraksi di Bangkok. Perlawanan terakhir men3ntang Thailand mungkin menjadi aksi penentu nasib skuad kebangsaan.

Bagi penyokong Malaysia pula, kerinduan untuk jejakkan kaki ke dalam stadium sudah tidak dapat dibendung lagi. Sekiranya diputuskan perlawanan berlangsung tanpa penonton di Dubai nanti, suatu perkara yang pahit tetapi terpaksa ditelan.

Menonton skuad Malaysia beraksi di kaca televisyen seakan menjadi norma baharu kepada ‘Ekor H@r!mau Malaya’. Tiada sorakan, tiada paluan gendang, tiada nyanyian untuk mengiringi skuad Harimau Malaya.

Tugas menjadi pemain ke -12 terpaksa direhatkan dan hanya kiriman doa dipanjatkan agar skuad Malaysia kekal mengibarkan Jalur Gemilang. Harapan agar liga tempatan segera dimulakan. Tiada gunanya skuad Malaysiaa mahu melangkah jauh tetapi pemain-pemain masih berlatih bersendirian di rumah.

Liga tempatan jangan ditunda lagi. Kemvdaratan kepada ‘ekonomi’ sukan bola sepak perlu dibayar dengan harga yang tinggi.