Impian tidak Kesampaian

Impian pemain sayap lincah, D Saarvindran untuk beraksi pada pentas Piala AFC buat kali kedua sepanjang kariernya tidak kesampaian apabila kontraknya bersama pasukan Terengganu FC (TFC) tidak disambung.

Bagaimanapun pemain berusia 28 tahun itu yang berjaya membantu TFC mara ke pentas Piala AFC musim depan selepas menghuni di tangga ketiga Liga Super, tetap profesional menerima berita itu walaupun baharu semusim bersama skuad Penyu.

Pada 2015, bekas pemain kebangsaan kelahiran Klang itu meledak dua gol ketika membantu Pahang menundukkan kelab dari Myanmar, Yadanarbon 7-4 dalam saingan Piala AFC manakala satu lagi ketika men3ntang kelab dari Tajikistan, Istiklol FC dengan kemenangan 3-1.

Impian saya pada musim depan adalah untuk membantu TFC bersaing pada pentas Piala AFC sekali gus kali kedua selepas mewakili Pahang, namun saya dimaklumkan kontrak tidak disambung.

Saya pun tidak tahu kenapa tidak disambung, tapi saya terima dengan hati yang terbuka walaupun setakat ini belum lagi dilamar mana-mana pasukan yang mahukan khidmat saya musim depan.

Harapan saya agar TFC mampu bersaing di pentas tertinggi itu bagi memperbaiki pencapaian pada 2012 layak ke pentas yang sama, terima kasih kepada pihak pengurusan yang memberi peluang kepada saya menyertai pasukan itu, katanya.

sumber : BH

Sebelum ini Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd yang menguruskan pasukan TFC dan TFC II tidak menyambung kontrak lima pemain importnya musim initermasuk kapten pasukan, Lee Tuck yang berhijrah ke Pahang musim depan.