Ini “Offer” Bukan guna atau suruh kroni

Berita mengenai tawaran yang diterima oleh Johor Darul Ta’zim untuk Safawi Rasid dari Portimonense SC semalam telah berjaya mengg3garkan ‘scene‘ bola sepak tempatan yang baru mula untuk pulih selepas lama terhenti.

Pastinya perkara itu mengun dang banyak k0men-k0men yang sinis dari para net!zen terutama yang melihat tawaran itu hadir selepas seorang lagi pemain muda negara, Luqman Hakim berlepas ke Belgium 2 minggu lalu.

Namun, komen-komen sebegitu pantas ‘dip0tong’ oleh TMJ sendiri terutamanya dilaman sosial Instagram dan komen yang ditinggalkan itu adalah jawapan kepada ramai peminat bola sepak yang ada mempersoalkan mengenai tawaran ke Portimonense SC .

117888757_1783617701801521_6548554758636940450_o

“Ini lain. Kelab monitor pemain kami dan OFFER. Bukan guna atau suruh kroni Tun ambil pemain kami. Tolong jangan samakan.”

Sambil itu TMJ juga turut merakam ucapan tahniah kepada Terengganu (TTeam) yang telah develop Safawi Rasid sehingga menjadi seorang pemain bola sepak serta JDT yang telah develop pemain itu sebagai juara.

“Tahniah kepada Terengganu developing Safawi to be a footballer. Tahniah kepada JDT developing Safawi to be a Champion. Syabas.”

TMJ

Pastinya penghijrahan pemain-pemain Malaysia ke eropah bakal memberikan manfaat besar kepada skuad kebangsaan satu hari nanti selain turut membuka pintu bagi pemain lain untuk diperhatikan dengan lebih rapat oleh pencari bakat dari liga terkemuka dunia.

sumber: vocketfc

Selamat maju jaya kepada Safawi Rasid di Portimonense SC !