Jangan Letak Harapan

Perpindahan penyrang utama KV Kortrijk, Terem Moffi, masih belum membuka peluang Luqman Hakim Shamsudin untuk merebvt tempat dalam skuad utama kelab Belgium itu.

Luqman membuat perkongsian kepada wartawan Nadi Arena, Syakirah Zulkifly, ada beberapa perkara yang perlu dicapai untuk memikat hati pengendali skuad utama, Yves Vanderhaeghe.

Penyrang berusia 18 tahun itu baru sahaja melengkapkan saringan kecergasan yang ditetapkan selama enam minggu sejak tiba di Eropah.

Ia bagi memastikan Luqman kembali berada di tahap terbaik serta mengelakkan k3ceder@an selepas berehat panjang daripada saingan kompetitif.

Saya tidak boleh menganggap tempat saya terjamin hanya kerana kehil@ngan seorang penyrang dalam skuad utama.

Kalau saya usaha, beri 100 peratus dalam latihan atau perlawnan persahabatan, saya mungkin berpeluang.

“Isnin hingga Khamis saya akan berlatih bersama skuad utama sementara akan kembali ke pangkuan skuad B-21 bagi menjalani persiapan perlawnan dengan mereka,” katanya ketika dihubungi.

Selepas hampir dua bulan berkelana di sana, Luqman berharap peminat bola sepak tanah air dapat memberikannya masa untuk menyesuaikan diri dan meningkatkan prestasi.

Aksi produk Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu, yang akan membantu pasukan B-21 KVK sehingga tamat liga musim ini, bakal dinilai oleh ketua jurulatih skuad utama kelab tersebut sebelum diberi kepercayaan sepenuhnya.

Saya masih perlukan masa lagi. Tidak mungkin dalam tempoh sebulan dua ini ialah saya akan terus diserapkan dalam skuad utama.

Cab@ran saya ketika ini ialah memahami rakan sepasukan dan mereka juga perlu tahu apa yang saya perlukan.

Ia agak sukar bagi saya, perkara ini normal buat pemain baru.

“Saya perlu cepat menyesuaikan diri kerana masing-masing belum memahami corak permainan masing-masing.”