Jangan ‘pukul anak, sindir menantu’

Penganalisis sukan tanah air, Dr. Pekan Ramli berkata, ranking dunia skuad bola sepak kebangsaan mencatat peningkatan dan dalam momentum baik, bukan menurun.

Beliau berkata demikian menjawab kenyataan pemilik Kelantan FC, Norizam
Tukiman yang baru-baru ini menyuarakan rasa terkejut melihat H@rimau Malaya
menghuni ranking ke-153 dunia.

Dalam luahan di media sosial, Norizam berkata, dengan pembangunan stadium serta pelbagai akademi bola sepak, ranking Malaysia sepatutnya semakin naik dan bukan menurun.
“Jika dilihat sejak 1993 ranking skuad kebangsaan memang menurun tapi bermula 2018 (Mac) hingga sekarang, ia meningkat mendadak dari 178 ke 153 dalam tempoh dua tahun sahaja.

“Jadi untuk mengatakan ranking skuad kebangsaan menurun adalah tidak tepat serta tiada fakta.

“Lebih-lebih lagi berdasarkan sistem kiraan mata ranking baharu FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa), sukar untuk melonjak terus dalam kelompok 100, itu mustahil,” katanya yang juga Ketua Seksyen Sukan Kementerian Pengajian Tinggi.

Menurut Pekan, semua pihak termasuk Norizam perlu bercakap berlandaskan fakta dan realistik dengan situasi semasa.

“Buat masa ini skuad kebangsaan tiada perlawanan disebabkan C0v!d-19 tetapi jika dilihat dalam tempoh 2018 hingga 2021, ranking H@rimau Malaya naik 14 anak tangga berdasarkan perlawanan Pra Kelayakan Piala Dunia.

“Dalam soal ini Norizam jangan cepat meng3cam ranking skuad kebangsaan, jangan ‘pukvl anak, sindir menantu’.

“Secara realistik, berdasarkan peningkatan ranking saya melihat skuad kebangsaan pada landasan tepat untuk mencapai misi F:30 (pelan tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia).

“Dengan usaha berterusan, perbaiki prestasi dan mutu perlawanan, tak mustahil ranking kita akan terus naik,” ujarnya.

Norizam baru-baru ini berkata, kedudukan Malaysia di tangga ke-153 dunia amat mengejutkan berbanding pada 1993 apabila H@rimau Malaya berada di ranking 75.

“Palestin punyai ranking lebih baik dari kita, Thailand dan Vietnam semakin maju ranking mereka.

sumber : UM

“Bola sepak masih sukan No. 1 rakyat Malaysia tapi dunia kita sepatutnya semakin baik, bukan sebaliknya,” kata Norizam.