Jangan samakan kami dengan JDT

Sarawak United enggan mendabik dada biarpun mencatat kemenangan besar 3-0 ke atas Perak FC II di Stadium Perak semalam, sekali gus merakam kemenangan kedua dalam kancah Liga Perdana 2021.

Pengendali Sarawak, E. Elavarasan tidak menerima anak buahnya dikaitkan dengan gergasi Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Tolong jangan samakan kami dengan JDT. Kami Sarawak United bukan JDT,” katanya apabila diajukan pandangan Sarawak ibarat JDT Liga Perdana dalam sidang media selepas perlawanan dengan Perak FC II di Ipoh, petang kelmarin.

Pelawat menang 3-0 untuk merekod kemenangan kedua dalam kancah Liga Perdana 2021 setakat ini.

Pasukan itu menghimpunkan pemain ternama seperti Norshahrul Idlan Talaha, Mohd. Sharbinee Allawee Ramli, S. Chanturu, D. Christie Jeyaseelan, Tommy Mawat Bada dan Sandro Da Silva.

Elavarasan berkata, beliau agak bimbang untuk menghadapi perlawanan ini kerana dimainkan pada sebelah petang.

“Kami biasa bermain sebelah malam yang mana suhunya rendah sedikit.

“Kebimbangan saya juga kerana Perak menurunkan pemain muda dan berjaya menutup ruang.

sumber : UM

“Tuan rumah mula memberi masalah kepada kami selepas Sergio Aguero dimasukkan pada separuh masa kedua,” kata Elavarasan.