Jangan sampai terkena jerat ‘si Jalak’

Dengan ilmu pengadilannya yang bertaraf antarabangsa, Subkhiddin Salleh tidak berganjak dengan pendirian tegasnya bahawa bahawa tindakan R. Suresh Jayamaran adalah tepat. 

Suresh bertugas dalam perl@wanan akhir Piala Malaysia melibatkan Perak dan Kedah di Stadium Shah Alam yang menyaksikan perl@wanan itu berlangsung dramatik apabila diheret ke masa tambahan selain dua pemain dibuang padang. 

Situasi itu menghangatkan lagi pertikaian terhadap kewibawaan pengadil Liga Malaysia (Liga-M) dan kemuncaknya selepas seminggu, ia membawa kepada peletakan jawatan bekas pembantu pengadil Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan berkenaan sebagai pengerusi Jawatankuasa Pengadil untuk penggal 2017/2021. 

‘Berkokok si Jalak, telurnya tetap di reban, tidak begitu Tuanku’ merupakan bahasa kiasan yang dirujuknya terhadap sikap sesetengah pihak yang ada kuasa dan cuba bercakap sesuatu tetapi tidak menggunakan akal fikiran. 

Menurutnya kepada wartawan Nadi Arena, Fina Nasrom, dalam satu siaran esklusif hari ini, bekas cikgu itu juga tidak menolak tindakan si Jalak itu boleh mendorong kepada pengadil kepada aktiviti yang tidak baik. 

“Ya, secara tidak langsung, Saya tidak dapat nyatakan (secara terperinci) tetapi di mana-mana dunia bola sepak sekalipun, si Jalak ini tetap ada. 

“Dia menjadikan bola sepak kita ter@ncam, tercemar. Inilah yang kita perlu berhati-hati. Dia berada dalam industri ini, sangat rapat, berkedudukan tinggi. 

“(Justeru, seseorang pengadil itu) perlu matang, bijak dan perlu mengenali si Jalak agar tidak terikat. 

“Kalau sudah terikat, dia akan terjerumus di dalam reban itu tadi,” katanya.

Subkhiddin memenangi jawatan exco FAM sebelum mengumumkan hasrat melepaskan jawatannya dalam satu sidang media di Wisma FAM, Petaling Jaya pada 5 November 2018. 

“Selepas balik, saya tidak boleh tidur sebab berasa serba salah dengan tindakan itu tadi walaupun saya yakin. 

“Ini kerana saya memikirkan (nasib) kumpulan pengadil itu tadi, apakah yang akan mereka lakukan, bagaimana dengan pengadil tersebut. 

“Walaupun isu itu tidak menyentuh saya, saya tetap berasa (tempiasnya).

“Itu normal,” katanya. 

Tambahnya lagi: “Saya memberi cabaran kepada media supaya jelaskan kepada saya apakah kesilapan Suresh. 

“Saya agak marah. Ketika berbincang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengadil FAM dan pegawai yang bertanggungjawab dalam menilai mutu pengadil pada malam itu juga turut dipanggil. Saya dapati keputusan yang diberikan Suresh itu betul, jadi kenapa timbul isu. 

“Saya menerima panggilan telefon, menerima topik daripada beberapa akhbar dan bekas presiden (FAM) contohnya yang mencabar saya supaya meletak jawatan. 

“Dia tidak perlu buat begitu (mendesak), ia adalah tanggungjawab saya. Ia sesuatu yang saya sendiri akan putuskan. 

sumber : SA

“Selepas itu saya rasa cukuplah lalu saya teruskan keputusan meletak jawatan.”