Jaringan terpantas Cabrera pastikan JDT kenduri gol

Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mampamer tar!ng apabila menjadikan Petaling Jaya City (PJ City) m@ngsa terbaharu setelah mencatatkan kemenangan 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim, di sini sebentar tadi.

Kemenangan tersebut menyaksikan juara tujuh kali berturut-turut itu terus unggul di persada Liga Super dengan mengutip 20 mata menerusi lapan perlawanan, empat mata di hadapan Kedah.

PJ City hanya boleh menyalahkan diri sendiri apabila membenarkan pasukan tuan rumah mel3dak tiga gol pada babak pertama yang berpunca daripada kesilapan benteng pertahanan.

Gonzalo Cabrera mencatat gol terpantas Liga Super musim ini apabila memahat nama dalam senarai penjaring ketika perlawanan baru berusia 40 saat sebaik sepak mula.

Kesilapan K. Prabakaran membuang bola dari zon bahaya dipintas Leandro Velazquez lalu menghantar kepada S. Kunanlan yang membuat hantaran silang kepada Cabrera bagi menanduk masuk melepasi penjaga gawang, Kalamullah Al-hafiz Mat Rowi untuk meletakkan JDT di hadapan.

Prabakaran sekali lagi membuat kesilapan apabila hantaran lemahnya kepada rakan pasukan dipintas Syamer Kutty Abba yang membuat hantaran kepada Bergson Da Silva sebelum mencipta jaringan menerusi r3mbatan lerek dari luar kotak pada minit ke-20.

Bergson hampir menambah jaringan tiga minit berselang namun r3mbatan jarak jauhnya pada minit ke-23 sedikit tersasar di bahagian kiri gawang.

Pasukan kendalian P. Maniam terus hilang punca setelah skuad JDT yang beraksi g@rang membuat t3kanan di bahagian depan.

T3kanan itu memaksa pasukan pelawat terus membuat kesilapan menerusi M. Youwarasan yang mẹmbuat hantaran ke belakang dipintas Cabrera sebelum melorong bola kepada Bergson untuk menjaringkan gol kedua peribadinya pada minit ke-30.

Rentak permainan PJ City yang serba tidak menjadi itu menyaksikan penjaga gol, Farizal Marlias langsung tidak teruji pada babak kedua.

Satu-satunya peluang yang direncanakan pasukan pelawat hadir menerusi percubaan S. Chandran namun r3mbatannya hanya mengg3gar jaring sisi gawang JDT.

Bersambung babak kedua, ketua jurulatih PJ City menukarkan formasi kepada 5-4-1 bagi memperkukuhkan benteng perlawanan dan mengelak terus dibolosi.

Setelah mendahului dengan kedudukan selesa, Benjamin Mora mengambil keputusan merehatkan pemain utama dengan membuat empat pertukaran dengan membawa masuk Hariss Harun, Afiq Fazail, Ramadhan Saifullah Usman dan Nazmi Faiz Mansor.

sumber : UM

Sementara itu, PJ City yang menggunakan kesemua peluang pertukaran pada babak kedua tetap tidak berjaya untuk sekurang-kurangnya menjaringkan satu gol dan keputusan kekal sehingga ke wisel penamat.