JDT berjaya manfaatkan kekurangan seorang pemain Sri Pahang FC

Johor Darul Ta’zim (JDT) mengukuhkan kedudukan di persada Liga Super selepas men3waskan Sri Pahang FC 2-0 di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.

Selaku pendahulu liga, JDT memulakan perlawanan dengan melancarkan s3rangan awal ke kubu tuan rumah. Biarpun JDT dilihat memberi tekanan kepada tuan rumah, pasukan bimbingan Dollah Salleh berjaya menyekat JDT daripada memasuki ke dalam kotak penalti.

Tuan rumah yang jarang mendapat peluang hampir menjaringkan gol daripada Shahrul Nizam Mohd Nadzir tetapi bola sepakan pemain tengah itu berjaya ditepis penjaga gol JDT, Mohd Farizal Marlias pada minit ke-20.

Tiga minit kemudian, Leandro Sebastian memastikan JDT mendahului 1-0 menerusi jaringannya selepas men3waskan penjaga gol Sri Pahang, Zarif Irfan Hashimuddin.

Bersambung babak kedua, tuan rumah berusaha mencari gol penyamaan dan peluang terbaik hadir menerusi Baqiuddin Shamsudin tetapi bola rembatannya melepasi palang gol pada minit ke-58.

Minit ke-69, Sri Pahang beraksi 10 pemain selepas pemain pertahanan, Mohamad Ezanie Mat Salleh dilayangkan kad merah selepas mengutip dua kad kuning oleh pengadil, Tuan Mohd Yaasin Tuan Mohd Hanafiah.

sumber : BH

JDT berjaya memanfaatkan kekurangan seorang pemain tuan rumah apabila berjaya menjaringkan gol kedua hasil sumbangan peny3rang import, Bergson Gustavo pada masa kec3deraan.