JDT, Kedah antara Empat pasukan pilihan Juara Piala Malaysia

Bekas pemain kebangsaan, Rezal Zambery Yahya meletakkan Johor Darul Ta’zim (JDT), Kedah, Terengganu FC (TFC) dan Selangor sebagai pasukan pilihan untuk merebut kejuaraan Piala Malaysia musim ini.

Reezal berkata pilihan itu dibuat berdasarkan prestasi semasa empat pasukan terbabit walaupun format baharu Piala Malaysia yang akan menampilkan perlawanan kalah mati kepada semua pasukan.

Malah, dia juga tidak menolak kemungkinan akan berlaku kejutan dari pasukan ‘underdog’ seperti juara Liga Perdana musim ini, Pulau Pinang yang mendapat sentuhan jurulatih Manzoor Azwira Abdul Wahid.

“Tidak mustahil dalam saingan seperti ini kita akan menyaksikan kejutan kerana sejarah sudah membuktikan pasukan yang tidak diberi keutamaan secara tiba-tiba mampu menonjol.

“Selangor dalam dua perlawanan terakhir ini menampakkan kebangkitan yang hebat apabila meraih kemenangan selesa dan saya nampak mereka boleh teruskan momentum itu di Piala Malaysia.

“Pulau Pinang pula berbekalkan status juara Liga Perdana tidak boleh diambil mudah kerana dibarisi import yang ada pada mereka dan melalui kepakaran pada Manzoor.

“Saya nampak Piala Malaysia ini boleh menjadi batu loncatan kepada Pulau Pinang untuk terus raih perhatian peminat,” katanya.

Format Piala Malaysia musim ini terpaksa diubah kepada saingan kalah m@ti sejak dari pusingan pertama membabitkan 16 pasukan (11 wakil Liga Super dan lima dari Liga Perdana) sehingga ke perlawanan akhir tanpa aksi timbal balik.

Situasi ini berikutan penularan C0v!d-19 yang memaksa Liga Malaysia terpaksa ditangguhkan selama lima bulan selain bagi memastikan saingan musim ini mampu dihabiskan sebelum menuju musim 2021.

Justeru, Rezal mengakui format baharu itu menjadikan saingan Piala Malaysia musim ini sukar untuk diramal mengenai pasukan mana yang akan menyerlah.

Katanya, format kalah m@ti selain tiada aksi timbal balik menjanjikan tiada ruang buat mana-mana pasukan melakukan kesilapan atau peluang kedua sekiranya mereka tewas dalam sesuatu perlawanan.

“Usaha yang bagus daripada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) di bawah norma baharu bagi meneruskan saingan Piala Malaysia pada musim ini.

“Format ini mungkin menggusarkan pasukan dan pemain kerana sudah biasa melalui saingan peringkat kumpulan di mana mereka masih boleh mencatur peluang jika seri atau kalah tetapi tidak pada saingan kali ini.

sumber : BH

“Jadi, situasi saingan kali ini nyata berbeza kerana pemain dituntut memberikan lebih 100 peratus kerana hanya kemenangan dalam setiap perlawanan sahaja mampu membawa mereka ke peringkat seterusnya,” katanya.