JDT memiliki 75 peratus peluang atasi KDA FC

Johor Darul Ta’zim (JDT) dianggap memiliki 75 peratus peluang untuk mempertahankan Piala Sultan Ahmad Shah buat kali keempat berturut-turut apabila melayan kunjungan Kedah pada aksi sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, esok.

Peratusan itu diberikan bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar berdasarkan beberapa faktor termasuk dari segi kualiti barisan pemain dimiliki JDT, persiapan pasukan dan kelebihan mereka beraksi di laman sendiri.

Azlan bagaimanapun tidak menolak kemungkinan Kedah boleh mencipta kejutan di ‘kandang’ JDT sekiranya mereka bijak mengatur strategi dan mengambil peluang mencipta jaringan.

Apa saja perlawanan, yang penting persiapan. Ada nama besar pun dalam sesebuah pasukan tidak cukup, jadi saya rasa JDT membuat persiapan lebih rapi kerana mereka memiliki pusat latihan terbaik dan tertutup.

Kemenangan banyak memihak kepada mereka, beraksi pun tempat mereka iaitu stadium yang mereka sudah biasa. Tetapi kita tak boleh memandang rendah kepada Kedah.

Saya rasa Kedah sedia maklum bahawa peluang untuk menang sangat tipis. Tapi jika mereka berjaya mengatur strategi dengan betul, 25 peratus itu boleh menjadi 75 peratus pada mereka.

Kedah kena pandai bertahan dan JDT pula perlu faham bahawa setiap kali mereka meny3rang, bahagian pertahanan akan pincang. Jadi terpulang kepada Kedah untuk mengambil peluang itu, katanya kepada BH Sukan, semalam.

Ini kali keempat JDT dan Kedah akan berentap pada aksi sumbangsih dalam tempoh lima tahun berturut-turut yang mana kali terakhir Helang Merah merangkul kejuaraan pada 2017 menerusi penentuan sepakan penalti.

Selain itu, Azlan turut menyifatkan terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan JDT kalah termasuk pemain terlampau yakin, melepaskan peluang mencipta jaringan dan gagal menggunakan kesilapan yang dilakukan Kedah.

Keyakinan itu penting tapi kita juga tak boleh terlampau yakin. Jangan lupa walaupun kita mempunyai pasukan yang baik, kita tetap harus mengeluarkan peluh dan peluh itu bukan kata hanya peluh yang macam kita berjoging.

sumber : BH

“JDT juga perlu mengelak daripada melepaskan peluang yang dicipta dan gagal menggunakan kesilapan yang dilakukan pasukan Kedah jika tidak mahu mengalami kekalahan,” katanya.