JDT terima dengan hati terbuka

Juara Liga Super tujuh kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) menerima keputusan Majlis Kes3lamatan Negara (MKN) dengan hati terbuka selepas hasrat mereka menamatkan kempen peringkat kumpulan Liga Juara Juara Asia (ACL) tidak kesampaian.

Ia susulan pengumuman Menteri Kanan (Kes3lamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengesahkan pasukan itu tidak dibenarkan terbang ke Doha susulan polisi kerajaan yang tidak membenarkan rakyat Malaysia keluar ke negara ketika ini.

Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards mengesahkan pihaknya mengambil maklum pengumuman daripada MKN itu dan menegaskan faktor kes3lamatan sentiasa menjadi keutamaan mereka.

Walaupun kami sangat kec3wa tidak dapat mengambil bahagian dalam kejohanan tertinggi kelab peringkat Asia dan Piala Malaysia, kami menghormati keputusan kerajaan Malaysia.

Kami memahami tindakan atas faktor kes3lamatan ini terpaksa diambil disebabkan oleh peningkatan kes pand3mik C0VID-19.

K3selamatan setiap orang termasuk skuad JDT yang bakal ke Doha adalah satu keutamaan. Kami berdoa dan berharap agar dunia dapat mengatasi pand3mik ini sebelum bermulanya musim 2021, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, nasib skuad JDT itu menjadi tanda tanya selepas mereka tidak dibenarkan ke luar negara bagi menyambung kempen peringkat kumpulan Liga Juara Juara Asia yang berlangsung di Doha, Qatar bermula 18 November ini.

Ismail pada sidang medianya berkata, pintu sempadan negara ditutup ketika ini sekali gus menyaksikan tiada pergerakan masuk oleh warga asing dan juga pergerakan keluar daripada rakyat Malaysia sendiri.

Polisi ini meliputi semua termasuklah pasukan bola sepak di mana kita tidak benarkan pergerakan ramai ke luar negara. Kita tidak tahu prosedur operasi standard (SOP) di negara terbabit.

Jadi pertamanya, kita tidak benarkan kerana tertakluk pada polisi sempadan negara yang ditutup. Rakyat tidak dibenarkan keluar negara termasuklah menteri, jadi untuk bola sepak juga kita tidak benarkan.

sumber : BH

Ini untuk menjamin k3selamatan pemain kita kalau mereka ke luar negara, kita tidak tahu SOP di luar bagaimana dan SOP kita tidak benarkan rakyat kita keluar negara, katanya.