JDT umum satu lagi kerjasama terbaru

Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melalui kenyataan rasmi dilaman sosial mereka telah mengumumkan satu kerjasama terbaru bersama francais makanan yang terkenal dari Amerika Syarikat iaitu Subway.

Menurut kenyataan itu lagi, sebuah kedai Subway akan dibuka di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada tahun hadapan.

Selain itu, pihak JDT juga memberitahu bahawa mereka sedang dalam perbincangan dengan 3 lagi pihak untuk membuka outlet di stadium tersebut.

Ini adalah selari dengan sasaran untuk menjadikan Stadium Sultan Ibrahim sebagai sebuah tarikan pelancongan dimana pengunjung boleh menikmati makanan, membeli-belah serta menonton bola sepak.