Jenis Hukuman Untuk Natxo Insa

Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa akan berdepan hukuman susulan tindakan beliau yang menolak pengadil, Noor Azriel Baharudin pada perlawanan Liga Super men3ntang Perak di Ipoh minggu lalu.

Bukti rakaman video yang menunjukkan Natxo menyerbu dan kemudiannya menolak pengadil tersebut beberapa kali telahpun tular di laman media sosial dan kesnya kini dirujuk kepada Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Bekas pengadil yang pernah bertugas selaku pegawai keempat aksi Piala Dunia 2010, Subkhiddin Salleh dalam satu temu bual bersama Astro Arena telah berkongsi jenis hukvman yang mungkin akan dikenakan terhadap pemain kelahiran Sepanyol itu.

Kalau kita mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengadil, dalam undang-undang ada menyatakan di mana seseorang pemain yang mengeluarkan kata-kata atau perbuatan kesat, menc3rca, mengh!na pegawai perlawanan, dia akan diperintahkan keluar padang.

Jadi, apabila melibatkan kelakuan g@nas seperti ini, hukuman (penggantvngannya) bukan lagi satu atau dua perlawanan, ia akan melibatkan tempoh yang lebih panjang.

“Sebab itu ada pemain yang digantung sehingga setahun dan ada pula pemain yang digantung lima perlawanan. Kalau di luar negara, pemain yang hebat-hebat pun ada yang dikenakan penggantvngan lima perlawanan,” kata Subkhiddin.

Insid3n ini bukanlah yang pertama berlaku dalam saingan Liga Malaysia musim ini dimana sebelumnya pemain import Kelantan, Jack Hindle turut menolak pengadil ketika perlawananan Liga Perdana men3ntang Perak II di Kota Bharu.