Jersi nombor 9 bukan lagi milik Luqman?

Perkhabaran terbaharu dari Belgium ini mungkin akan menimbulkan sedikit keresahan kepada peminat bola sepak Malaysia selepas peny3rang muda negara Luqman Hakim Shamsudin dikatakan bukan lagi pemilik kepada jersi nombor 9 KV Kortrijk.

Perkara tersebut mula disedari oleh beberapa pihak apabila gambar senarai pemain kesebelasan utama KV Kortrijk ketika perlawanan menent@ng Charleroi dalam saingan Liga Belgium baru-baru ini menunjukkan nombor 9 telah digunakan oleh pemain lain.

Imej tersebut memaparkan peny3rang veteren Teddy Chevalier yang kembali menyertai kelab Belgium tersebut baru-baru ini telah menggunakan nombor berkenaan dalam perlawnan yang telah berlangsung pada Sabtu lalu.Chevalier yang tiba di Kortrijk pada awal Januari lalu telah beraksi enam perlawanan. Dalam lima perlawanan pertamanya, pemain berusia 33 tahun itu dilihat menggunakan nombor 34.

Berdasarkan semakan oleh SemuanyaBOLA, peny3rang warga Perancis tersebut masih menggunakan jersi nombor 34 dalam perlawnan terakhir menent@ng Charleroi dan ada pihak yang mengatakan pereka grafik Kortrijk telah melakukan kesilapan.

Berdasarkan penjelasan yang dibuat oleh beberapa pihak, dilaporkan Luqman sendiri yang ‘berbesar hati’ untuk menyerahkan nombor 9 tersebut sebagai penghormatan kepada Chevalier yang telah dianggap sebagai legenda kelab.

Namun perkembangan tersebut sudah tentu menimbulkan sedikit persoalan kerana kebanyakan liga utama di Eropah tidak membenarkan pertukaran nombor jersi di pertengahan musim liga. Selepas ini dikatakan Luqman akan menggunakan jersi nombor 99.Diharapkan dalam masa terdekat akan dikeluarkan kenyataan rasmi dari pihak KV Kortrijk mahupun Luqman sendiri agar persoalan ini terjawab.

Untuk rekod, Chevalier telah membuat 176 penampilan bersama Kortrijk dan menjaringkan 53 gol serta menyumbang 37 bantuan jaringan.Penyertaannya ke Kortrijk pada kali ini adalah yang ketiga dalam kariernya selepas kali pertama pada 2013 hingga 2015 dan kali kedua adalah pada 2017 hingga 2019.