Juara adalah (JDT) jadi Johorlah yang terbaik

KUALA LUMPUR: Prospek membeli pasukan Liga Malaysia (Liga M) selaras dengan penswastaan pasukan menjelang musim depan masih belum berada dalam perancangan jutawan terkenal, Tan Sri Vincent Tan buat masa ini.

Sekalipun sudah melabur dan memiliki tiga pasukan di luar negara, Cardiff City, FK Sarajevo dan KV Kortrijk, Vincent yang juga Pengerusi Eksekutif Kumpulan Berjaya mengakui masih perlu memikirkan perkara itu dengan teliti sekiranya mahu ‘melabur’ dalam kancah bola sepak domestik.

Bagaimanapun, Vincent sama sekali tidak menolak kemungkinan memiliki satu lagi pasukan bola sepak pada masa akan datang tetapi menegaskan perancangan itu tidak ada dalam ‘bukunya’ dalam masa terdekat ini.

“Tengok dululah (beli pasukan Liga Malaysia). Bola sepak ini susah mahu berniaga dan bukan senang, semua rugi sahaja. Jadi, saya perlu fikir baik-baik dan tengoklah macam mana.

“Saya ingat, tak melaburlah buat sementara ini. Mana tahu saya bertukar fikiran tetapi buat masa ini, tak masuklah (melabur). Mana tahu lain kali. Kemungkinan selalu ada tetapi kemungkinan sahaja dan belum tentu lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis menandatangani kontrak antara Luqman Hakim Shamsudin dengan KV Kortrijk di ibu negara, hari ini.

Ketika ditanya sekiranya dia mempunyai bayangan pasukan Liga M yang mungkin akan dibelinya, Vincent menegaskan semua pasukan yang bertanding dalam Liga M menjadi kegemarannya sekali gus membuatkan dia sukar membuat pilihan.

“Semua pasukan ‘favourite’ (kegemaran) saya sebab saya kawan dengan semua pasukan. Tetapi juara adalah Johor (JDT) jadi Johorlah yang terbaik.

sumber : BH

“Susah mahu beli di sini sebab semua pun kawan-kawan. Macam mana mahu lawan dengan kawan. Kelab di luar negara tidak sama kerana tiada kawan, semua lawan,” katanya.