Junior Eldstal tandatangan kontrak

Pemain pertahanan negara, Junior Eldstal memandangkan kontrak lanjutan bersama kelab Thailand, Chonburi sekaligus kekal beraksi di negara itu bagi saingan musim 2021.

Perkara ini diumumkan oleh Chonburi di laman media sosial rasmi pasukan dimana selain Junior, kelab tersebut turut melanjutkan kontrak seorang lagi pemain import iaitu Renato Kelich.

Junior menyertai Chonburi pada separuh masa kedua saingan Thai League 1 musim 2020/2021 dan beliau terus mendapat kepercayaan ketua jurulatih, Sasom Pobprasert untuk beraksi dalam kesebelasan utama.

Bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berjaya menjaringkan gol pada aksi men3ntang Rayong serta dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan pada aksi men3ntang Sukhothai.

Namun, pencapaian paling diingati Junior bersama Chonburi ialah beliau menjaringkan gol kemenangan pada aksi separuh akhir Piala FA Thailand menentang Buriram United sekaligus menghantar kelabnya ke pentas akhir.

Akan tetapi Junior tidak beraksi pada perlawanan akhir ekoran digantvng sekaligus menyaksikan kelabnya tewas kepada Chiangrai United menerusi penentuan sepakan penalti.

Dalam Saingan Thai League 1 pula, pemain kacukan Malaysia-Sweden ini membantu Chonburi menamatkan saingan di tangga ke-12.