Jurulatih berpengalaman, Mat Zan Mat Aris pula dipecat

Jurulatih berpengalaman, Mat Zan Mat Aris hanya sempat mengendali lima perlawanan PDRM yang beraksi di Liga Perdana sebelum dipecat oleh pasukan itu.

Bermakna, bekas pengendali Negeri Sembilan itu muncul jurulatih pertama Liga Malaysia (Liga M) dipecat dan tempatnya diganti oleh bekas pemain kebangsaan, Wan Rozaimi Wan Ismail yang dilantik serta merta.

Pasukan Liga Super, Sri Pahang FC sebelum ini ‘merehatkan’ jurulatihnya, Thomas Doolay hanya selepas dua perlawanan.

Memiliki pengalaman sebagai jurulatih pembangunan selama 10 tahun di Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dan Pulau Pinang, Wan Rohaimi diharap dapat membentuk skuad Sang Saka Biru untuk mencabar kejuaraan di Liga Perdana.

Selama saya berada dalam bidang kejurulatihan selama 10 tahun, saya yakin dengan kebolehan diri untuk membina pemain dari biasa-biasa kepada luar biasa.

“Banyak kerja perlu saya buat iaitu memperbetulkan pasukan dari A hingga Z serta menukar cara pemikiran pemain. Insya-Allah, dengan sokongan padu pihak pengurusan, kita boleh tengok di mana PDRM akan berada pada penghujung musim,” katanya.

PDRM kini menghuni kedudukan kesembilan dengan mengumpul tiga mata selepas lima perlawanan menerusi satu menang dan empat kalah.

sumber : UM

Tugasan pertama Wan Rohaimi adalah men3ntang Terengganu II, Sabtu ini.