Kaki kiri Bawa tuah, safawi memenangi Gol Terbaik AFC

BINTANG Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid terus mengukuhkan reputasinya di pentas Asia apabila memenangi Anugerah Gol Terbaik Sedekad Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), hari ini.

Ledakan kaki kiri bak p3luru ketika menew@skan penjaga gol Shandong Luneng, Wu Xinghan dari luar kotak penalti dalam aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim lalu terus membawa tuah buatnya selepas menerima undian tertinggi daripada peminat bola sepak benua ini.

Menerusi keputusan undian yang dikeluarkan AFC, gol itu berjaya meraih peratusan tertinggi dengan 34 peratus sekali gus mengenepikan sembilan pencabar lain untuk diangkat sebagai gol terbaik ACL sejak 10 tahun lalu.

Malah, jaringan menerusi sepakan lencong itu sebelum ini turut dinobat pemenang undian gol Lencongan Terbaik ACL 2019 pada Mei lalu.

sumber : HM

Menerusi kejayaan terbaharu ini, pemain kelahiran Dungun, Terengganu yang berusia 23 tahun itu, bakal menaikkan semangat dan motivasinya sebelum melebarkan sayap ke kelab Portugal, Portimonense SC musim depan.