kaki kiri padu, pergerakan pantas elemen safawi jadi buruan

Kemahiran teknikal yang baik, rembatan kaki kiri padu serta pergerakan pantas adalah elemen utama mengapa bintang bola sepak negara, Safawi Rasid menjadi buruan kelab Portugal, Portimonese SC.

Pengerusi kelab Portimonese SC, Rodiney Sampaio berkata, pihaknya mengikuti rapat perkembangan Safawi selama enam bulan ketika bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim lalu terutama ketika aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Menurutnya, pemain sayap itu memiliki pakej lengkap untuk beraksi di Eropah dan beliau yakin kehadiran Safawi bukan saja akan meningkatkan tahap permainannya, malah mampu memperkuatkan kelab.

“Pemain ini mempunyai kemahiran teknikal dan kelajuan yang baik dan ini adalah sebab kami membawa dia untuk memperkasakan pasukan Portimonense SC untuk menjadi sebuah pasukan yang lebih kuat pada masa depan.

“Malah, saya harap (Safawi) akan berjaya seperti Shoya Nakajima. Dia akan membantu ramai pemain lain dan akan bermain di posisi sayap dan hadapan,” katanya ketika sesi memperkenalkan Safawi, kelmarin.

Tonggak utama skuad H@rimau Malaya itu berpindah secara pinjaman selama semusim ke Portimonense SC, namun diberi pilihan oleh JDT untuk membeli secara tetap.

Mula mencipta nama bersama pasukan T-Team di Liga Malaysia, Safawi sudah meledak 47 gol dalam 101 penampilan bersama JDT selepas menyertai skuad H@rimau Selatan itu pada 2017.

Jelas Sampaio, dengan rekod cemerlang di Liga Malaysia serta aksi mengagumkan ketika beraksi bersama skuad kebangsaan dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 sepanjang musim lalu, beliau yakin Safawi mampu mengikut jejak beberapa pemain Jepun yang berjaya mengetuk pintu kelab lebih ternama seperti FC Porto atau Sporting Lisbon.

“Ramai masih belum tahu mengenai dia (Safawi) dan keadaan sama seperti ketika kami membeli (pemain Jepun), Shoya Nakajima (dari FC Tokyo pada 2017), tapi saya harap dia dapat capai kejayaan sama seperti Nakajima,” katanya.

Sementara itu, Safawi yang sepatutnya menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari, bagaimanapun diberi kebenaran untuk menjalani latihan bersama rakan sepasukan selepas didapati bebas daripada C0v!d-19.

Sumber : HM

Menerusi video latihan yang dimuat naik kelab terbabit, Safawi kelihatan gembira dan selesa berlatih di bawah kendalian Paulo Sergio.