Kalau dibatalkan, ia boleh memberi kesan besar

Situasi semasa pandemik C0 v!d-19 di negara ini yang masih belum reda, menc3tuskan kebimbangan dalam kalangan pasukan Liga M3 mengenai masa depan saingan itu musim ini.

Pasukan dalam Liga M3 tidak rela lagi melihat pertandingan berstatus amatur itu menjadi korban wabak berkenaan seperti musim lalu apabila ia dibatalkan sepenuhnya.

Pengurus Armed Forces FC, Mohd Noorazam Abd Razak menganggap bukan pilihan yang tepat sekiranya Liga M3 sekali lagi dibatalkan oleh Liga Bolasepak Amatur (AFL).

Beliau bagaimanapun percaya AFL mempunyai penyelesaian terbaik berdepan situasi sukar ini dengan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin sebelumnya menjelaskan pihaknya sudah bersedia dengan beberapa pilihan menganjurkan pertandingan dibawah kelolaan mereka.

“Kalau dibatalkan, ia boleh memberi beri kesan besar termasuk kebanyakan pasukan sudah melakukan persediaan dan ada juga pemain sudah dipilih serta menandatangani kontrak.

“Ada juga pasukan sudah bayar gaji dan jika dibatalkan, bagaimana pasukan nak bincang dengan pemain atas dasar COVID-19 sebab tahun lalu kita sudah batal. Tak kan tahun ini kita nak batal lagi.

“Tahun lalu kita ambil pendekatan bahawa itu kali pertama (berdepan C0 v!d-19) jadi kita faham. Tahun kedua ini AFL mungkin sudah nampak jalan penyelesaian termasuk kemungkinan dianjakkan tarikh sepak mula.

“Ambil contoh dilakukan MFL (Liga Bolasepak Malaysia) yang menunda dua minggu lagi sepak mula (Liga Malaysia) yang sepatutnya berlangsung 26 Februari ini ke Mac,” katanya.

sumber : BH

Pada Jun tahun lalu, AFL mengambil langkah drastik membatalkan saingan Liga M3 musim 2020 susulan C0 v!d-19 dan nasib sama turut menimpa pertandingan Piala Presiden, Piala Belia dan Liga Futsal Kebangsaan.