Kami mahukan tekanan, tekan membawa kami ke depan

Perak atau Kedah? Persoalan itu kini menjadi perbualan hangat buat peminat bola sepak tanah air apabila kedua-dua pasukan itu bertemu dalam perlawanan terakhir Liga Super di Ipoh hujung minggu ini.

Pertemuan itu bukan sahaja akan menjadi penentu bagi gelaran naib juara musim ini, bahkan ia juga menawarkan slot ke Piala AFC musim depan.

Ketika ini, Kedah berada di kedudukan kedua dengan 19 mata tetapi Perak, yang berada di tangga ketiga, hanya dibezakan dengan satu mata.

Menjelang pertemuan itu, ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak, ┬áberkata: “Saya sudah katakan kepada pemain saya sejak perl@wanan men3ntang Melaka minggu lalu bahawa kami perlu menganggap dua perl@wanan terakhir ini seperti final.

“Kami mahukan t3kanan kerana t3kanan itu akan membawa kami ke depan.

“Tanpa t3kanan, ia bukan bola sepak bagi saya kerana kami perlu menambahkan t3kanan untuk mendorong diri kami untuk ke depan dan memenangi sesuatu.

“Percayalah, ia akan menjadi perlawanan yang amat sukar kerana kedua-dua pasukan pernah bertemu dan memperoleh keputusan yang baik.

“Jadi, jika anda tanya saya, pasukan yang melakukan kurang kesilapan akan mendapatkan mata yang dimahukan,” katanya.

Nasib pula seakan-akan tidak menyebelahi ketua jurulatih Perak, Mehmed Durakovic, yang mungkin akan kehilangan dua tonggak utama, iaitu ketua pasukan, Shahrul Saad, yang digantung perlawanan, dan penyerang, Guilherme De Paula, kerana kecederaan.

“Kami akan kehilangan kapten, Shahrul, yang beraksi amat baik sepanjang tahun ini.

“Ia akan menjadi perl@wanan yang sukar tetapi pada akhirnya, kami masih ada pemain lain yang boleh bermain di posisi itu (pertahanan tengah).

“Kami perlu meletakkan kepercayaan terhadap apa yang kami ada dan apa yang terbaik buat kami.

Sumber : SA

“Ia pasti bukan perl@wanan yang mudah dan harap-harap kami dapat memenanginya,” katanya.