Kami tidak dapat satu sen pun

Pengulas Liga Malaysia (Liga M) difahamkan masih belum menerima sebarang bayaran daripada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sepanjang saingan liga berlangsung musim ini.

Salah seorang wakil pengulas mendedahkan bahawa bayaran untuk musim lalu juga masih belum diterima sepenuhnya meskipun mereka beberapa kali cuma mendapat penjelasan daripada pihak badan induk tersebut.

“Bukan mahu menimbulkan isu atau cari masalah dengan MFL tetapi bila sudah terlalu lama menunggu tanpa sebarang jawapan. Mungkin ini jalan terakhir untuk kami.

“Kalau boleh nak mereka selesaikan secepat mungkin atau berjumpa dengan kami dan jelaskan status pembayaran macam mana.

“Bayaran Piala Malaysia tahun lepas pun tidak selesai sepenuhnya lagi. Tahun ini sejak bermula liga sampai habis kami tidak dapat satu sen pun,” kata sumber itu yang enggan mendedahkan namanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Tambahnya lagi, bukan tidak memahami keadaan pandemik C0v!d-19 yang melanda negara ketika ini sehingga menyebabkan pembatalan Piala FA, Piala Malaysia dan liga hanya berlangsung satu pusingan.

“Kita faham semua terkesan tetapi kalau boleh beri jawapan dan jangan hanya berdiam sahaja. Kami sudah bekerja tetapi tidak mendapat bayaran.

sumber : UM

“Ini tidak adil untuk kami, tambahan keadaan C0v!d-19 yang turut menyebabkan kami terkesan. Bukan kami tidak cuba berhubung dengan mereka tetapi kesudahannya tiada jawapan,” jelasnya.